Assalammualaikum..
Straight to the point je la..meh kawan2 kita nk share resepi brownies yg chewy sgt rasanya..
Lama dah tak buat brownies, lamaaaaaaaaa sgt, korek2 resepi yg mudah dan terbaru..dah dapat terus try buat utk aqiqah anak sedara sebelah raof ni..
I'll make it simple spy korang faham..tak paham takpe..ujung2 kang aku attach resepi..dont worry resepi dr chef yg hebat *confirmbukanaku*..kalo follow inshaaAllah menjadi dan sedap :)
Btw..thanks kak ita dan sesiapa yg terlibat..saya mintak halal resepi ye :)
Step 1
- potong kiub mentega dan coklat masakan
- cairkan kaedah double boiled..mcm dlm gambo..periuk bawah tu ada air ye, jgn masukkn air dlm periuk yg ada mentega dan coklat tu..
- dah cair ketepikan biar sejuk seketika..sat je cairnya..
Step 2
- ayak tepung gandum, serbuk koko dan kekacang (option), takde pun takpe..
- ketepikan
Step 3
- satukan gula perang, telur, esen vanila dan coklat emulco
- pukul guna whisk sampai gula larut
Step 4
- satukan STEP 1 ke dalam STEP 3, sebatikan.
- segera campurkan STEP 2 dengan kadar segera, sebatikan dgn cepat sbb bila tepung dan telur bersatu, terlalu likat susah nk rata tepung.
- masukkan dlm loyang yg dibalut dgn kertas minyak dan sapu butter keliling loyang
- kertas minyak tu ditinggikan sedikit spy mudah utk angkat bila dah masak.
Step 5
- ratakan brownies, tabur kepingan badam utk hiasan atau apa sahaja hiasan
- sedia masuk dalam over untuk dibakar.
Ok..done..
Untuk maklumat lanjut sukatan dan cara buat boleh refer resepi kat bawah ye :)
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
KREDIT RESEPI : KAK AZLITA MASAM MANIS
250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar
90 gm tepung
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu
Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.
5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang
Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc.
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang
bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses
untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.