CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label bf. Show all posts
Showing posts with label bf. Show all posts

Wednesday, 7 March 2012

susu 'ibu lembu'


 Nak bagitau sesuatu...

Awatif menginjak setahun sebulan lebih ni aku dah start top-up dgn fm..stok pun x buat dah..sbb sblm ni EBM pun x banyak mana minum (tru botol)..awatif prefer direct :)

Lagipun dia dah setahun lebih,makan dah banyak, macam2 plak tu :D..kuewtiow,bihun,mee,nasik goreng,kuih muih,roti,biskut dan sebagainya..

Alhamdulillah 6 bulan menyusu secara eksklusif..i'Allah akan diteruskn hingga 2 tahun selagi dia tak 'beradik' :D

At this moment, Anmum pilihan terbaik aku la..yg penting 'no sugar added'..sbbkn kecik lagi kita beli yg mahal sket,dah besor nnt guna je susu murah ye dik..kakak ngan abg pun gitu gak dulu hhheee..eh kakak je kot..abang susu murah je :)

Yg Dugro tu kakak alya punya *actually dia susu apa jenama pun belasah*..'no sugar added' gak..kemain skang bila 1 susu buat penambahbaikan,smua nk ikut jugak kkkeee...

Eh alya still minum susu lagi,susu kan penting utk tumbesaran dan tulang :D..kdg2 dia minum dlm gelas,kdg2 m'botol lagi!

First time p'kenalkn awatif ngan FM mmg sedih dan sgt2 m'cabar la kan :(..sudah la sblm ni EBM pun minum 2-3 oz (tru botol)..abis bayangkn la kalo susu 'ibu lembu' ni kan..mmg dah jangka dia x mo!

Sblm ni kadang2 tu sanggup b'lapor susu sementara aku balik, susu yg dah perah (dlm freezer) m'bazir mcm tu je..lain la kalo perah on the spot tahan 4-8 jam,kalo kluar dr freezer mmg kena abiskn dlm masa sejam...

Nasib la dia suka makan..perut x la lapor sgt..balik je aku kemain suker..puas dpt nenen ibu kan!kesiannnnn oh!

Take ur time dear!

**Happy bfeeding!!!**

Tuesday, 2 August 2011

sharing is caring :D

PENYUSUAN susu ibu kadangkala dianggap mustahil bagi ibu berkerjaya di Malaysia. Namun, kesedaran mengenai pentingnya penyusuan susu ibu semakin meningkat lalu mencetuskan beberapa usaha daripada pihak hospital dan kumpulan sokongan susu ibu untuk menyebarkan maklumat mengenai pentingnya penyusuan susu ibu.
 
Walaupun kini terdapat pelbagai usaha daripada pihak hospital atau kerajaan, usaha ini tidak akan berhasil sekiranya ibu sendiri tidak berkemampuan memberikan susu kepada bayi mereka. Antara usaha ke arah penyusuan susu ibu adalah menggalakkan ibu memerah susu dan menyimpan stok susu ibu untuk diberikan kepada bayi ketika ibu berpisah sementara (keluar bekerja). 

Menurut Kaunselor Laktasi Sarakids.com, Nor Farah Farhan Abdul Fatah, ibu sudah boleh mula memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Sewaktu berpantang, bayi hanya disusukan secara terus dan susu yang diperah (sama ada menggunakan pam atau memerah menggunakan tangan) haruslah disimpan untuk kegunaan apabila ibu kembali bekerja.

Pam susu tiga jam sekali apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, ibu hendaklah mendahulukan bayi terlebih dulu dan menyambung kembali proses memerah selepas bayi disusukan dan kembali tidur. Susu yang sudah dipam perlu disimpan dalam botol atau beg khas untuk penyimpanan susu ibu. Tulis label berdasarkan nama anak dan tarikh penyimpanan susu ibu.

 
“Bagi yang bekerja, mulakan mengepam susu pada waktu pagi kemudian simpan di dalam peti sejuk atau beg sejuk beku berisi ais yang tahan 12 jam. Kemudian teruskan mengepam pada waktu tengah hari dan petang. Apabila sampai di rumah pastikan ibu menyimpan sebotol susu di peti sejuk bawah dan selebihnya di tempat sejuk beku.
 
“Ini bagi memastikan bayi mendapat susu segar yang masih tinggi nilai antibodinya. Walaupun susu yang sudah dibekukan berkurangan antibodi, khasiatnya jauh lebih baik daripada susu formula,” katanya.

Jelasnya, susu yang disimpan di dalam peti sejuk bawah (peti sejuk dua pintu) tahan selama lima hari. Selepas hari kelima susu haruslah disimpan di tempat penyimpanan sejuk beku kerana mampu bertahan sehingga tiga bulan.

“Malamnya ibu harus mengeluarkan susu beku untuk diletakkan di bahagian bawah kerana susu ini akan dibawa ke rumah pengasuh. Isikan stok susu di dalam beg sejuk beku dan berikan kepada pengasuh untuk disimpan di dalam peti sejuk ketika menghantar bayi. Tiba masa bayi menyusu, susu tadi harus dipanaskan di dalam air suam pada suhu 35 sehingga 45 darjah celsius.

“Sebaiknya ibu membekalkan alat pemanas ke rumah pengasuh kerana cara pemanasan di dapur atau ketuhar akan mematikan antibodi di dalam susu. Susu yang sudah cair haruslah diberi minum satu jam selepas itu manakala susu yang sudah dipanaskan tidak boleh dibekukan semula,” ujarnya.

Nor Farah yang berpengalaman menyusukan ketiga-tiga anaknya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 2, dan Putera Shafik Adrian secara eksklusif memberitahu, dia mula memerah susu pada hari keempat kelahiran namun ini bergantung kepada hari ke berapa susu matang keluar.

“Ketika awal kelahiran oleh kerana susu masih dalam bentuk kolostrum, ibu hendaklah menyusukan bayi sekerap mungkin. Selepas susu matang keluar, ibu bolehlah memerah susu setiap tiga jam sekali dan berhenti memerah jika bayi lapar dan menyambung semula sesi mengepam susu.

“Saya percaya pada konsep bekalan dan permintaan dan semakin kerap mengosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan,” katanya yang kerap memerah sekitar jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

Bagi memastikan simpanan susu terpelihara, ibu tidak boleh memberikan susu perahan kepada bayi mereka ketika dalam tempoh berpantang. Stok susu hanyalah untuk kegunaan apabila ibu berpisah sementara dengan bayi saja.

“Ini sangat penting kerana sekiranya simpanan susu digunakan dikhuatiri ibu akan kehabisan stok susu yang akan diberikan kepada anak ketika keluar bekerja,” katanya.

Selain itu, cara menguruskan penyusuan juga sangat penting. Sekiranya ibu meninggalkan stok susu sebanyak 12 auns pada waktu siang, ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 auns atau lebih.

“Oleh sebab itu, ibu tidak boleh meninggalkan waktu memerah. Sekiranya ibu terlalu sibuk dan tidak sempat memerah susu, ibu seharusnya mengganti waktu memerah pada waktu malam supaya tiada stok negatif dan dapat mencukupkan keperluan anak,” katanya.

Nor Farah menerima banyak kes mengenai pengasuh, ibu atau ibu mentua yang meminta stok susu dilebihkan kerana khuatir anak tidak cukup susu. Contohnya, ada bayi yang minum susu 18 sehingga 20 auns pada waktu ibu bekerja sedangkan ibu hanya mampu membawa pulang 15 auns saja sekiranya dia memerah secara konsisten.

“Hal ini pastinya memberikan tekanan kepada ibu kerana dia berasa susunya tidak cukup apatah lagi bagi meneruskan penyusuan eksklusif sehingga dua tahun,” katanya.

Oleh sebab itu, pentingnya ibu memberi penerangan serta latihan berterusan kepada individu yang menjaga bayi mereka seperti pengasuh, pembantu rumah, ibu atau ibu mentua. Beritahu mereka keperluan susu ibu untuk anak daripada usia sebulan sehingga enam bulan adalah sama dan tidak berubah. Malah, selepas umur bayi meningkat enam bulan, keperluan susunya semakin berkurangan kerana bayi sudah belajar makan.

“Ketahuilah, perut bayi yang berusia sebulan sehingga enam bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia akan kenyang dengan hanya minum jumlah yang ditinggalkan ibu iaitu 12 hingga 15 auns sepanjang siang dan tidak lebih daripada itu.

“Saya faham, kadang-kadang sukar untuk memberitahu ibu atau pengasuh mengenai hal ini kerana mereka sering berkata bayi tidak cukup susu atau bayi menangis kerana lapar. Sebagai ibu anda harus bijak memberitahu ibu atau pengasuh, susu yang ditinggalkan mencukupi untuk bayi dan anak akan kenyang.

“Mungkin bayi menangis kerana mahukan perhatian, ingin bermain, bosan ditinggalkan seorang diri atau mahu didukung. Oleh itu berikan mainan, anak patung atau kad imbasan kepada bayi supaya mereka tidak menangis.

“Sebagai ibu, anda lebih mengenali ibu atau pengasuh anda dan menggunakan cara terbaik untuk memberi penerangan kepada mereka,” katanya.

Nor Farah juga menerangkan, berpuasa tidak akan memudaratkan ibu yang menyusu dan bayi yang disusukan selagi ibu tidak mengalami dehidrasi.

Ibu menyusu digalakkan minum air yang banyak pada waktu malam (setiap kali terjaga dan selepas menyusu, minum segelas air) dan ketika bersahur (jika boleh, lewatkan sahur) untuk memastikan keperluan cecair dalam badan dipenuhi seterusnya menggantikan air yang hilang ketika menyusu dan berpuasa pada siang hari. Di samping itu, makan makanan berkhasiat seperti kurma dan sayur-sayuran hijau untuk menambah susu.

“Banyakkan makan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau dan bijiran. Ibu hendaklah bersahur dan melewatkan waktu sahur serta menyegerakan berbuka puasa.

“Banyakkan sesi penyusuan atau mengepam susu (jika bayi tidur) terutama pada waktu malam dan sahur untuk meningkatkan penghasilan susu. Cuba makan dan minum sedikit-sedikit tetapi kerap pada waktu malam. Paling penting bertenang, berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dia yang memberikan segalanya,” jelasnya.


Tanda dehidrasi:

  • Berasa hendak pitam terutama selepas menyusukan bayi atau memerah susu 



  • Sakit kepala dan rasa ingin demam 



  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat 



  • Terasa loya, menggigil dan ingin muntah 



  • Berasa lemah dan sakit otot 



  • Mudah marah dan emosi tidak stabil

    Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amat penting bagi ibu mengambil makanan mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu yang menyusu, sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

    Namun, minum air yang banyak bukan bermakna akan menghasilkan susu yang banyak. Ia sekadar menggantikan keperluan air yang hilang ketika berpuasa.



  • sumber : 
     www.hmetro.com
     
    Alhamdulillah setakat ni bekalan masih m'cukupi buat awatif :D..w/pun x galak mengepam tp masih mengepam dan akan terus mengepam dan menyusukan..i'Allah..
     


    Friday, 8 July 2011

    berkongsi masalah susu...


    Smalam sempat b'ym dgn kawan matrik aku dulu,As namanya..apalg pasal stok EBM la..dok susah hati ni sbb hasil perahan 2 breast ada la dlm 4oz..itu aku punya,dia punya byk la jugak dpt 6oz gitu..

    Yg merisaukn kami tu bukannya susu badan tu x ada tp stok yg x ada hahaaaaa..kalo direct feeding i'Allah selagi bb hisap selagi tu susu produce well..tp tu la stok kena sentiasa ada takut ada hal atau keje yg x dpt dielakkn :D

    Macam As lg kesian simpan stok utk umah pengasuh kena byk,utk bulan puasa lg..aku yg duk dekat mak pun kecut perut je bila pikir stok x byk inikn dia..simpati ok :(

    Last2 masing2 cuba fikir +ve je..' x apa la bb pun dah dekat 6bln ni,t dia dah mkn solid food so kurang menyusu tapi perah tetap perah janji stok susu ada :D'
    Tak apa la As kanselor laktasi pun ada ckp kan bb hanya menyusu banyak tu je sampai umur 6bln kan..so dont give up teruskn aje apa yg kita mulakan ye..kalo ko b'cadang nk bg susu FM nnt,teruskn bf awra selama yg bole ok!
    p/s bila sentiasa memikirkn yg t'baik utk anak2,kesedihan dtg dulu baru kegembiraan..mudah2an Allah mudahkn segala urusan!..i'Allah..

    Wednesday, 29 June 2011

    EBM utk bulan pose

    Malam2 skang agak susah nk hapdet blog,kalo online pun kejap2 aje dah..sbnrnya ada je keje nk dibuat,korang sibuk x?

    Apsal aku sibuk je setiap mlm,ada je nk dibuat la..agaknya aku yg x reti nk uruskn masa kot..tak tau la..

    Tu kalo rajin,kalo dtg malas baru je on tv,mata pun off hehehee..

    Apatah lg nk memerah susu..niat tu ada tp perbuatan tu x sampai lg :P
    Buat yg x tau,aku skang tgh gigih mengumpul stok utk atif di bulan pose nnt..


    Kt umah skang baru ada 3 stok je...asyik t'lepas aje nk perahnya..kalo dah sibuk buat benda lain mmg x sempat nk perah,sebelum tido kalo dtg penyakit letih mmg x leh buat hapa dah!

    Nak bangun pagi2 hari x la kot..nk buat solat sunat bagai pun..ya Allah punya la berat mata ni kan nk perah susu..no good kan!:(

    Tak tau la sampai ke dak target 30 stok sblm pose ni..:P..dgn stok utk umah mak lagi..i'Allah mudah2an segalanya dipermudahkn Allah ye..

    Aku tgk susu dlm fridge tu makin kurang dah tu..nk kata awatif kuat nyusu x jugak tp kerap agaknya :D..jd kena perah otak sket pikir camna nk tambah stok ni!camna..camna..camna...camna nk b'hasil kalo MALAS aje kan hahaha...

    So smalam spt biasa sambil tunggu hadi keluar sekolah ptg,sambil tu memerah susu..x perah byk sgt,cukupkn 4oz je..takut m'bazir..

    Slalunya perahan ptg ni utk stok umah mak tp kali ni ingat nk tukar jd stok pose nnt la..so kalo 't'miss' perah utk mlm no hal la kan :D

    Utk umah mak plak,aku perah lain..kira balik je umah mak trus susukn atif,bila dah stimulate susu pun penuh balik dlm breast so kita perah lg!!!!me like..like..

    Jangan stress cwa!!!!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...