CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 23 October 2011

bakor kek lagi :D


Hari ni kita nk bg resepi kek karamel..sapa nk cuba bole buat k..aku dah try,w/pun baru pertama kali alhamdulillah m'jadi juga :D

Punya ler takut x jadi mcm le ada juri masterchef nk bg markah kt ko kan :D,kalo ada pun si hadi ngan alya..mesti depa cakap 'sedap la bu'..mana x puji tangan dah siap2 letak kt pipi tinggal nk kena lempang cium aje kalo x puji kakkaaaa...gilosss..tension je anak3 dpt ibu bengong hhhaa..x pun abih2 depa ckp 'cantiknya kek ni bu'..x mo bg ibu sentap kan :)..

Kek ni bawak ke umah my mertua masa kenduri aqiqah anak2 awatif dan almas aritu..ingat nk buat cheesecake tpppppp..mcm budget x ada so kita cari resepi yg bahan2nya x mahal senang...waaahhhh dasar kedekut chaittt hhhaa..just joking ma...:P

Ok resepi adalah panjang b'jela *sila tarik napas*..alahai senang dah skang ni copy paste aje udoh :D..step adalah remeh sket tp bahan2 adalah senang kite dpt..

KEK KARAMEL
Resepi : Puan Munira Baharum
Sumber: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-

A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir (nak manis lebihkn satu sudu)
  • 2 sudu besar air panas
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C - Adunan Kek
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringe
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (aku panas dlm 150 darjah dulu. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath:
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi (pastikan air m'cukupi spjg bakar takut kering)
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
 Panjang giler kan step,kalo first time mmg basah ketiak la ko nk buat satu2 kan tp bila dah terer esok pejam mata ok!hhheeee...mmmmm...x klakor pun :D

Masa nk bakar tu pandai2 la korang adjust oven ye sbb masing2 org masing2 ovennya..aku bakor x sampai sejam dgn suhu 160darjah itu sbb oven aku x ada api bawah aje..

Jadinya aku hantam guna api atas bawah :D..so jgn la bakor sampai sejam kang kecut plak kek,aku bakor dlm 45m..kaedah biasa kalo nk tau kek dah masak belum cucuk aje ngan lidi,kalo x lekat2 tu kira dah masak la ye..

Ok la selamat menerai hhheee..

Nantikn n3 kenduri aqiqah dan berendoi anak2ku awatif dan almas :D..kalo sil aku dah update korang bole baca gak kt blog dia..
 

4 comments:

[leily.laily] said...

ramai btul yg dh try buat kek karamel ni..
haisshh, mood ai blom dtg lg ni, tringin jugak nak buat..
bagus la awak, pes try trus menjadi..
anto la sini sket, hehehe..

pasni kena try wat gak la, tq share resepi.. =)

eimah said...

hadoi penat bace i rs i nk makan i mntk u buat aje la kak ipar ku sayang :p

salwana nordin @ che'wa said...

leily..

harus cuba ler..mmg remeh sket tp bahan2nya senang :D

kalo x jadi alamatnya mmg ke longkang la hhhaaa

salwana nordin @ che'wa said...

eimah..

penat baca belum buat lg kkkaaa...leceh..

i x tau la bila bole buat lg..gamaknya setahun akan dtg baru mood rajin dtg balik kot kkkaaa..

u buat mesti jadi la!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...