Assalammualaikum..
Tiba2 meroti pulak smalam uolssss...eh sblm ni meroti jugak tp tak menjadi..doh keras, roti tak lembut, adunan tak naik..
See..kemain byk kesalahan..actually aku dan roti mmg tak serasi la..tp sbbkn tringin nk rasa 'beehive buns' yg tgh IN ni punya pasal ku gagahi jua..
Sudahnya mlm ahad tu tangan lenguh, semua urat sakit, tak lena tido aku uols..seriously..over nau la..uli roti je pun pppfffttttt...
Jadinya tidak jugak..*rolling eyes*
Sbbkn geram sgt tak menjadi..mlm smalam try lg sekali..kali ni bancuhan lembik beno pulak..
Kalo ikutkn resepi mmg lembik katanya tp ini lembiknya sampai melekat abih kt jari aku..tak turun2 dah..hhhoooiiii la..
Last...aku tak uli2 dah..sebatikan aje..tumbuk2 sikit..aku biarkn sampai naik 2kali ganda..eh naik jugak dia hhheeeeee..
Dah npk naik tu lega la sikit sbb kemungkinan dia akan lembut dan gebu..
Kluar dr oven pun nampak naik elok..terus curah dgn sos butterscotch..tak sempat nk sejuk terus ambik makan..
Alhamdulillah..akhirnyaaaaaaaa..lembut jugak rotiku..***lompatbintangbintang***..ambooiii kemain byk bintang!
Ok..jgn la korang salah sangka pulak mcm riak je bunyinya tu kan..gembira sgt sbb aku kan tak pandai meroti, so bila 2nd time mencuba dan menjadi haruslah kembang2 hidung sikit...bole???kkkkaaa
Eh..nk resepi tak???..benda sedap wajiblah aku kongsikan :)..cuba tau jgn tak cuba..in syaaAllah sedap bila mkn dgn sos nya tu..
ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut
DOH
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka (aku letak badam je)
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup.
7. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
9. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
10. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
11. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
12. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah. (aku just bako je sampai 15m)
13. Time bako dalam 10-15 minit.
14. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
15. Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar (gula perang)
1/2 cup whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.(jgn sampai hangus dan hitam)
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
T__________________T
4 comments:
mmg senang ek nak buat? xsuka btul bab nak meroti ni tp membuak2 nak try hahahaa
senang je nad..insyaaAllah kalo ikut betul2 mmg menjadi..try eh..
mmg tgh femes roti sarang lebah ni kan..sana sini blog masakan buat...lieya mmg tahap tgk pastu terliur sorang2 je laa kakaakakakak...nak buat roti uli2 ni mmg takle....tangan dah tulang2 mereput kakakakakak...kalo ade bread maker baru rajin nak buat kot hahahaahah ko nampak tak pemalasnye aku ....
fuhhh nampak menggiurkan bile dah tuang sos karamel tu...mesti sedap tu manis2...budak2 suke laa ni ....
ha'a tg IN roti ni..sbbkn geram tgk kiri kanan org buat, harusla mencuba..
aku pun tangan keras, mmg tak pandai pasal roti ni..
tp serius lieya..sedap dan lembut nak2 mkn masa panas :)
cubalah..senang je tu..
Post a Comment