CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 29 June 2015

ikan siakap berasa2 simple..

Assalammualaikum..
Ginilah bulan Ramadhan, kira nk share resepi je kau kan..padahal org lain dah terer masak pun..pppffftttt!!!
Bahiklah...ini resepi aku share utk org yg mcm haku gak..tak pandai masak, kot2 nk try..org dah terer duk tepi na..gitu...
Actually, Ramadhan kali ni aku jarang masak sbnrnya..kalo rasa ada benda nk masak, baru aku buat..
Anak3 pulak duk menggila ayam percik je thn ni, ha senang mak kau tak payah nk fikir masak apa..lgpun kami bukak puasa gilir2..kejap umah my parents, kejap umah mertua..
Bawak diri sudah..wahhhhhhhh senangnya hidup kau ye..hakktuuii hhheeee
So bg tidak menampakkn diri tu mcm pemalas giler, meh kita nk share resepi siakap berasa2 a.k.a 3 rasa..saja nama tak nak kalah padahalllllllllll...


My assistance dah ready..start pukul 2 dah berzikir bila nk masak sbb nk tolong katanya..marilahhhhhhhhh
 
Bahan
Ikan siakap/bawal atau apa2 aje ikan yg korang suka
Tepung jagung utk lumur pd ikan

Sos
Bawang putih/merah/halia/serai
Tomato/carrot & timun
Cili padi/ cili merah
Cili kisar
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Air perahan limau

Korang potong ikut seperti dlm gambor ye..tak ikut pun suka hati korang lah!

Cara buat sos
1. Tumis bawang putih, merah, cili padi, cili merah
2. Tumis halia dan serai
3. Masuk cili kisar,tumis sampai masak
4.  Masuk semua sos, masak sekejap
5. Masukkn air
6. Masukkn sayuran yg ada
7. Didihkn sebentar
8. Seasoning

Cara goreng ikan

1. Bersihkn ikan sebersih2nya
2. Lumur ikan dgn garam, kunyit dan serbuk pati knorr sikit
3. Lumur lagi dgn tepung jagung
4. Goreng sprt biasa ttp pastikan minyak betul2 panas dan banyak 



Ok..dah siap curahkn kuah atas ikan..tabur dgn daun sup & bawang :)

Done!!!

Selamat mencuba ye!!

Sunday 21 June 2015

daging masam manis ala thai -RESEPI

Assalammualaikum..

Nak masuk hari ke 5 harini kan..alhamdulillah..

Thn ni kureng sikit nk bercerita aktiviti bulan pose..aktiviti tetap sama je uols..keje, memasak, mengemas, tarawikh, sahur dan ulang2 sampai sebulan..

Aku mmg suka bulan puasa sbb relaxxxxxxxx byk sbnrnya..kelam kabut memasak pun tidak sbb kami berbuka kt umah mak dan mak mertua so masak sejenis sudah..hhhiiii..

Thn ni pecah rekod jugak aku turun ke bazar ramadhon..dah berapa thn tak jejak uols..biasanya raof je yg pegi..
 
Aku pegi pun tak beli apa2..byk utk memenuhi selera anak3 je..serius aku tak tau nk mkn apa, ngidam apa, teringin apa..apa yg raof beli itu yg aku mkn, kalo tak beli pun aku no hal..

 
Eh..lupa sbnrnya nk share resepi daging masam manis ala thai ni..

Bahan2
Daging
Bawang putih/merah/halia (halia @ hiris nipis)
Cili merah/cili padi
Carrot
Bunga kobis
Daun limau purut
Tomato
Cili kisar
Sos cili
Sos tiram
Air rebusan daging
Tepung jagung (option)

Cara
1. Rebus daging hingga empuk 
2. Goreng daging hingga garing sikit
3. Tumis bawang merah/putih dan halia
4. Masuk cili kisar, masakkn seketika
5. Sos cili dan sos tiram..masukkn air rebusan daging
6. Masak hingga mendidih, masukkn segala sayur2 dan cili2
7. Masuk daging dan biarkn reneh sebentar, masukkn daun limau purut
8. Seasoning dan masukkn tepung jagung sikit utk pekatkn kuah je

Done!!!

Senang je kan..selamat mencuba utk berbuka puasa nnt ye..mana tau kot2 ada yg blur mcm aku masuk je petang dah blur nk masak apa hhhuuuaaaaaaaaaa..
 

Wednesday 17 June 2015

Ramadhan pertama tanpa gambar gitu...

Assalammualaikum..

Semua pun update Ramadhan pertama..aku pun tak nk kalah walaupun risau 'best friend' kita dtg balik ni..semalam dah mandi..tetiap thn ni gini la, hari pertama je kantoi..nnt confirm solat raya pun tak dpt..alahaiiiii :(

Dpt la bertarawikh tp kt umah je dulu sbb smalam jugak la anak2 keje sekolah melambak2..mmg tido lambat semalam..

Kesian pulak kalo nk tinggalkn depa..

InshaaAllah lepas ni bole berjemaah kt masjid..mgkn pegi dgn raof b'2 & mgkn bawak anak3 time cuti kot..terkejor nk siapkn keje sekolah tu yg kesian..

Pagi td belum bunyi alarm Allah dah kejutkn..harap2 berterusan lah..setakat ni belum penah terbabas sahur..esok lusa tak tau la hhhuuuuuuuu

Aku masak nasi goreng simple atas permintaan hadi..mknnya sikit je dia..alya cornflakes..ujung2 nk muntah..terus aku suruh minum air kosong tido..kang berehat2 tak pasal keluar balik..rugiiii..

Ntah la anak2 aku ni susah nk makan pagi sgt..hadi yg kuat mkn tu pun tak lalu makan tau..susah hati aku sbb takut depa tak larat whole day ni..

Siap mintak senarai apa yg depa nk mkn, aku bole masak..tp bila ty 'nk mkn apa pagi esok?'.............jawabnya 'tak tau'

Aduhaiiiiiiii..

Hari ni aku bg 'cuti' sekolah petang..nk tgk tahap kelembikan bebudak2 ni ha..bior depa tau kalo tak mkn minum takde tenaga..mgkn lepas ni akan request mcm2 utk mkn..mgkn la..mgkn la kot..hhhheeee

Thn ni memasak mcm biasa..no bazar's Ramadhan allowed kecuali kuih muih la..bukan apa uols, mcm2 faktor yg aku takutkn..takut basi, takut cirbir..hhhuuuuu

Letih la kalo cirbir dlm bln pose..mintak dijauhkn la..

Ok..tu je nk citer..

Uols jgn update byk sgt lauk pauk yg sedap2 ye..menjejeh air liur hakak depan PC ni nnt..tp kalo nk tayang sila sertakan sekali resepi ye...eh??????

Monday 15 June 2015

desset mewah katanya..RESEPI

Assalammualaikum..

Aduhaiiiii dah start sekolah kan..aku rasa rata2 ramai yg lemau kan ke aku sorang je rasa??hhhaaaa

Nak bangun pagi tu takde masalah sbb kita biasa bangun pagi pegi keje kan, cuma rutin nk hantor ambik siapkn anak2 dr sekolah tu la letih sikit hhhuuuu 

Ke aku je rasa???*tetiba risau dah nape*

Mujur harini ada potluck pre pose uolssss..terus semangat sbb banyak makanan harini mmiiahahahaaa..

Terus smalam terpikir nk buat TIRAMISU CAKE gara2 merasa dessert tiramisu KFC punya uolsss..

Iols kan org kampung mana reti dessert2 mewah ni tp sekali rasa eh sedap jugak tiramisu ni..
 
Nak buat resepi sendiri mmg menempah maut namanya, marilah gugel tiramisu yg senang2 aje..ehhhh mmg ada resepi yg senang rupanya..

Saya try resepi dr blog Kak Ana ni, cuma saya tambah biskut lady finger utk tiramisu tu..kak ana mmg pandai masak, simple tp sedap.. 

InshaaAllah..

Izinkn saya kongsi resepi ye..

Bahan2 sprt dlm gambar:


Cheese (250g), Whipping cream (250g), gula kastor (1/2 cwn), esen vanila(1 s/k), kek chiffon/sponge apa2 perisa, biskut lady finger, nescafe/kopi(1 s/k), serbuk koko/milo, air 1 gelas utk bancuh nescafe.

Cara:
1. masukkan cis, whipping, gula dan esen..putar dr kelajuan perlahan, sederhana dan laju hingga sebati dan lembut.

2. bancuh 1 s/k nescafe dgn air segelas

3. dip dip kan kek/biskut dlm nescafe (jgn rendam), then susun dlm bekas

4. letak bahan2 krim tadi ke atas kek/biskut tadi

5. tapiskan manja2 serbuk koko atasnya

6. letak semula kek/biskut

7. letak krim semula, then tapis serbuk koko semula 

8. hias ikut kreativiti


9. chill dlm peti sejuk beberapa jam

*lebih kurang mcm buat ciskut jugak, berlapis2..so better doublekn cis dan whipping spy lebih banyak krim, lebih sedap..


Aku letak dlm cawan utk potluck..senang nk mkn..tp tu la 1 bancuhan dpt dlm 6-7 bekas je..nk banyak kena buat 2 bancuhan..

Kalo korang ada resepi cara lain pun bole ikut, aku biasa arrrrrrrrrr femalas kot..senang2 udeehhhhh!!!!

Ok apa lagi..silalah cuba dessert ni..senang dan sedap uolssssss..

Wednesday 10 June 2015

bersama kamu...

Assalammualaikum...

Tahap kesihatan up & down makanya mmg mood ke lauttttttttttt.. 

InshaaAllah..harap2 semua lebih baik minggu depan..aaarrrgghhhhhhhh rindu nk blogging dan blogwalking :)


Dah dekat bulan puasa kan..aku ni tiap2 hari berdoa harap2 bulan pose ni kuat & sihat..kesian anak3 dan suami, kang nk masak aku jugekkkkkkkk kan..

Jenguk blog kawan2, smua update pasal JJCM..jeles mak hencik!!!hhhaaaaaaaa..

Kami tak jln kemana pun wehhh..paling hebat gi shopping mall hakhakhakkkk..nk bershopping raya, awal2 lg dah settle uols..

Cuti pun ibu ngan baba kena keje, anak3 terpaksa duduk rumah, tawakal aje la, abang hadi ada so inshaaAllah bole diharap..walaupunnnnnnnnnnnnnn balik je rumah, mcm kena tsunami!!!hhhooiiihhhhhhhhh

Mujur gak anak3 ni faham, tak penah merungut mintak bawak jalan bercuti ke hapa..alahaiiiiiii..

Asalkan bersama kamuuuuuuuuuuuuu...

Monday 1 June 2015

perasaan itu..

Assalammualaikum..

Tajuk kemahin novel 200 m/s..ppuuiii hhiii

Harini start keje..kemain lemauuuuuuuuuu..

Seminggu duduk rumah = NIKMAT!!

Tapi takpe, hidup perlu diteruskan, cari rezeki sedaya yg mampu, dah tak mampu kita berhenti aje lah nanti an..an..an..

 

Nothing to story, just nk share start mahgrib ni dah masuk malam nisfu syaaban kan..banyak kelebihan ni, jgn lupa rebut ye kawan2..

Saya copy paste dr FB..luangkn masa baca ye :)

Kalo yg dpt berpuasa..alhamdulillah..saya tak mampu la sbb masih ON ubat 3x sehari yg wajib diambil..no skip hhhuuuu

InshaaAllah amalan2 lain masih bole dilakukan :)


KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BLN SYAABAN 

BULAN Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat seperti mana di bulan Ramadan, Rejab, Muharam dan lain-lain bulan. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan-Nya.

Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda akan lebih banyak melakukan ibadat puasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga sebagai latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Keistemewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak melakukan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Allah, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingatinya serta dengan hati yang ikhlas dan mengagungkan Allah. Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa.”
(Hadis riwayat Imam an-Nasaie).

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban).

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi’e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Adilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat, berdoa, berzikir dan membaca Al-Qur’an. Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci, natijahnya insya-Allah akan mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sumber: Pelita Brunei

Wallahulam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...