CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 25 May 2015

Tuesday 12 May 2015

kesah instantshawl..

Assalammualaikum..

Bila dah start beli sekali, berkali2 lah nk membeli..tgh IN pulak skang..esok dah boring back to tudung bawal balik gamaknya..hhhaaa layanzzzzzzzzzzz

Kali ni beli dekat butik lain pulak tp butik yg biasa aku beli dress smua tu la..dah kluarkn instantshawl..waahhhhhh mak suka!!!

Butik #muslimahclothing ni tagline longgar dan labuh so kebanyakan shawl atau tudung pun labuh..

Aritu beli blkg tak cukup labuh, tak berapa nk selesa lah kalo blkg depan tak labuh so kali ni try beli selai kt butik tu..

Alhamdulillah menepati syariat dan apa yg aku nak..pinless in fact tak payah pin langsung pun, adjustable dan ironless..

 

Beli warna hitam dulu utk cubaan..abaikan muka pucat lesi baru balik spital..

Sesiapa berminat nk try, bole jenguk butik tu ye :)..

Anak2 dara dah besor so dah nama anak dara tak bole npk kita nk bergaya sikit, depa punnnnnnnn..

Nak2 si alya..alhamdulillah skang dia pun tgh dilatih bertudung bila kluar so skang mmg kena ada banyak koleksi tudung..

Kali ni try belikan instantshawl pulak..aku ni kalo bebudak nk bergaya bole, tp gaya sederhana dan gaya bebudak..nk pakai tudung make it simple dan selesa..

Sbb tu dia mintak belikn shawl aku tak bg sbb nk kemaskn lilitan tu punya lama, dah tu seharian pakai confirm senget benget tudung pastu..me dont like!

Dah ada instantshawl senang keje mak kau skang :)

Gigih la maknya mencari kt ig kot2 ada yg sesat jual instanthawl for kids..eh jenuh jugak mencari, tak ramai yg jual rupanya..

Kot2 ada sesiapa yg tau bgtau kt kita ye..sila tinggalkan link anda..gituuuuuuuu

Shawl pertama alya aku beli dekat ig #mylia_stylish..try 2 helai hotpink dan hitam..alhamdulillah ok kt dia, kain best cuma kecik sikit utk dia..tp takpe boleh adjust kelabuhannya..


Alya ni, dia tak suka pakai tudung kecik, kalo depan blkg tak labuh menepati yg dia nak, mmg banyak komplen!

Bernanah telinga jap dengo dia membebel!

Pastu aritu jln2 kt mall, ramai pulak org berniaga tudung dan shawl, sudah bagus bole cari tudung utk budak 2 org tu, payah nau nk jumpa tudung budak..

Ada pun kecik ya amat, awatif ok je, alya la banyak songeh..pusing2 jumpa instantshawl..eh kain best, murah pulak, dan saiz ok sedang2 aje..

Grab 2 utk alya, sudahnya adik dia pun nak..

Share aje la korang, mak kau tgh bulan nk bershopping mmg 2 helai je la bole beli hhheeeeee


Tapi kan lepas tu balik umah..eh menyesal pulak beli 2, mmg shawl ni best utk depa bbbahahaaaaaaaa...

Nanti arrrrr tunggu raya pulak!

Wednesday 6 May 2015

chewy brownies - RESEPI

 Assalammualaikum..
 
Straight to the point je la..meh kawan2 kita nk share resepi brownies yg chewy sgt rasanya..
 
Lama dah tak buat brownies, lamaaaaaaaaa sgt, korek2 resepi yg mudah dan terbaru..dah dapat terus try buat utk aqiqah anak sedara sebelah raof ni..
 
I'll make it simple spy korang faham..tak paham takpe..ujung2 kang aku attach resepi..dont worry resepi dr chef yg hebat *confirmbukanaku*..kalo follow inshaaAllah menjadi dan sedap :)
 
Btw..thanks kak ita dan sesiapa yg terlibat..saya mintak halal resepi ye :) 
 
Step 1
 

- potong kiub mentega dan coklat masakan
- cairkan kaedah double boiled..mcm dlm gambo..periuk bawah tu ada air ye, jgn masukkn air dlm periuk yg ada mentega dan coklat tu..
- dah cair ketepikan biar sejuk seketika..sat je cairnya..
 
Step 2
 
 
- ayak tepung gandum, serbuk koko dan kekacang (option), takde pun takpe..
- ketepikan
 
Step 3
 
 
- satukan gula perang, telur, esen vanila dan coklat emulco
- pukul guna whisk sampai gula larut

Step 4

- satukan STEP 1 ke dalam STEP 3, sebatikan.
- segera campurkan STEP 2 dengan kadar segera, sebatikan dgn cepat sbb bila tepung dan telur bersatu, terlalu likat susah nk rata tepung.
- masukkan dlm loyang yg dibalut dgn kertas minyak dan sapu butter keliling loyang
- kertas minyak tu ditinggikan sedikit spy mudah utk angkat bila dah masak.

Step 5


- ratakan brownies, tabur kepingan badam utk hiasan atau apa sahaja hiasan
- sedia masuk dalam over untuk dibakar.
 
Ok..done..
 
Untuk maklumat lanjut sukatan dan cara buat boleh refer resepi kat bawah ye :)

 
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
KREDIT RESEPI : KAK AZLITA MASAM MANIS
250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar
90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu
Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.
5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang
Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...